~My Sweetheart~

Thursday, May 19, 2011

I Need You!~~~


Kadang-kadang hidup ni perlu mengalah.. Mengalah itu bukan bermakna kita lemah.. Dan lemah itu tidak bermakna kita kalah…

Kadang-kadang dalam nak menjaga hati insan lain, kita perlu menyakiti hati sendiri.. Tapi menyakiti hati sendiri lebih baik dari manyakiti hati orang lain. Sebab, hati kita senang nak handle. If hati orang lain, belum tentu lagi hati orang itu dapat memaafkan kita. Sebab itulah aku selalu kate, “Takpe, biar aku yang sakit hati, jangan hati kamu yang sakit.”

Kadang-kadang kita payah nak memahami orang lain. Sekali-sekala, bagilah peluang kepada mereka. Think positive. Bukan semua orang boleh ikut rentak kita. Dan bukan semua rentak orang kita boleh ikut. Aku akui aku bukan seorang yang mudah untuk memahami orang lain. Kadang-kadang dalam aku ingin memahami, aku tersasar dari landasan. Maafkan aku kalau terasa.

Satu hal lagi, kadang-kadang kita perlukan perhatian orang tapi dalam masa yang sama tidak semua masa boleh diluangkan untuk kita.

Bila kesedihan menguasai, mulalah mata bermutiara. Bila mata bermutiara, migraine menyerang. Mood hilang. Lately ni, mood tak berapa nak stabil. Sekali lagi maaf pada mereka yang terasa.

Oklah.. Tak dapat nak menahan perasaan yang mula menguasai diri. Papai U`olllsss…

With Love,

Dania.NS

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails