~My Sweetheart~

Saturday, September 4, 2010

~Selamat Hari Lahir~



Salam semua...



(Buffday cake 2 years ago_Thanks)




Hari ni, tanggal 4 September 2010, genaplah umurku 23 tahun... Tak kisahlah orang nak kate da tua ke ape ke.. Aku memang terima hakikat sebab memang kita dilahirkan semakin hari untuk menjadi semakin tua. Perasaan aku hari ini sukar nak digambarkan sebab aku sendiri tak faham... Terlalu banyak rasa sampai ada masa tu asyik nak terasa je dengan orang sekeliling. Entahlah... Mintak2 lah dijauhkan dari anasir-anasir jahat ini..

Ulangtahun kelahiran aku kali ni, aku rasa sunyi sangat.. Aku tak rasa seperti apa yang aku rasa pada tahun-tahun yang lepas... Tidak keterlaluan seandainya aku membuat pengakuan yang aku memang mengharap dan membayangkan sesuatu yang lagi indah berbanding tahun-tahun yang lepas.. Tapi itu semua angan-angan Nek Jenin yang bermain di fikiran aku ni.. However, aku tetap bersyukur coz tahun ni pun ulangtahun aku jatuh dalam HOLY MONTH a.k.a RAMADHAN ni.. Semoga ada sinar ramadhan yang menerangi hidupku ini nanti..

Walaupun aku rasa sunyi, aku rasa happy la jugak coz aku da tunaikan apa yang aku hajatkan selama ini.. Aku berniat, seandainya aku dipanjangkan umur sampai hari ini (Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa), aku nak baca Yasiin untuk diri sendiri. Alhamdulillah, tertunai juga niat aku. Aku tak lagi mengharapkan apa-apa seperti yang aku bayangkan sebelum-sebelum ni. Aku rasa aku nak buat benda ni setiap kali umur aku meningkat sebab aku rasa tenang sangat. Semoga ketenangan itu akan terus subur dalam hidupku di dunia mahupun di akhirat.

Aku berharap semoga perjalanan hidupku diberkati Allah swt selama-lamanya. Amin...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails