~My Sweetheart~

Wednesday, September 1, 2010

Pengakuan Seorang Lelaki Bergelar Suami

Salam,


Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

supermom

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.
Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv/ main LAPTOP setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.


Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?


P/S: Thanks kat member yang forwardkan emel ni... Wanita semua, janganlah bersedih lagi... Mereka tidak menunjuk, tetapi mereka memendam apa yang sepatutnya mereka luahkan.. Saya bangga jadi wanita.. << ( -_- )



2 comments:

  1. wah..best n3...ellen juga bangga jadi seorang wanita....

    Thnks for sharing this beautiful statement..hehee

    ReplyDelete
  2. nice one! ;)
    i like the 'red statement' most. hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails