~My Sweetheart~

Sunday, September 26, 2010

The very bad MIGRAINE....


Salam semua... Lama dah tak update blog nih.. Fuhh..

Hari ni, empunya blog ni TAK SIHAT... Sakit kepala-kepala-yang-amat-sampai-lebam a.k.a MIGRAINE.... Dah seminggu lebih dah.. Makan ubat pun dah. Tapi tak tahu nape makin melarat sampai hari ni.. Mata dah berair dah.. Tekak dah loya...

Pada sesiapa yang ada petua selain makan ACTIVEFAST-yang-tak-fast lansung itu + makan painkiller-yang-tak-kill langsung tu, boleh la share2 ye... Tak tercapai akalku da menanggung kesakitan ini..

Babababyeee~~~

Saturday, September 4, 2010

~Selamat Hari Lahir~



Salam semua...



(Buffday cake 2 years ago_Thanks)




Hari ni, tanggal 4 September 2010, genaplah umurku 23 tahun... Tak kisahlah orang nak kate da tua ke ape ke.. Aku memang terima hakikat sebab memang kita dilahirkan semakin hari untuk menjadi semakin tua. Perasaan aku hari ini sukar nak digambarkan sebab aku sendiri tak faham... Terlalu banyak rasa sampai ada masa tu asyik nak terasa je dengan orang sekeliling. Entahlah... Mintak2 lah dijauhkan dari anasir-anasir jahat ini..

Ulangtahun kelahiran aku kali ni, aku rasa sunyi sangat.. Aku tak rasa seperti apa yang aku rasa pada tahun-tahun yang lepas... Tidak keterlaluan seandainya aku membuat pengakuan yang aku memang mengharap dan membayangkan sesuatu yang lagi indah berbanding tahun-tahun yang lepas.. Tapi itu semua angan-angan Nek Jenin yang bermain di fikiran aku ni.. However, aku tetap bersyukur coz tahun ni pun ulangtahun aku jatuh dalam HOLY MONTH a.k.a RAMADHAN ni.. Semoga ada sinar ramadhan yang menerangi hidupku ini nanti..

Walaupun aku rasa sunyi, aku rasa happy la jugak coz aku da tunaikan apa yang aku hajatkan selama ini.. Aku berniat, seandainya aku dipanjangkan umur sampai hari ini (Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa), aku nak baca Yasiin untuk diri sendiri. Alhamdulillah, tertunai juga niat aku. Aku tak lagi mengharapkan apa-apa seperti yang aku bayangkan sebelum-sebelum ni. Aku rasa aku nak buat benda ni setiap kali umur aku meningkat sebab aku rasa tenang sangat. Semoga ketenangan itu akan terus subur dalam hidupku di dunia mahupun di akhirat.

Aku berharap semoga perjalanan hidupku diberkati Allah swt selama-lamanya. Amin...

Friday, September 3, 2010

Hari Ini Dalam Sedih

Salam..

Tengok title pun da tau kan yang diri ni ngah sedih... Hari ni, room mate semua da balik... Dak-dak floor pun da ramai yang balik. Aku pun balik gak, tapi ahad ni ar.. Flight aku kul 3.55pm... So, sampai je kat sana (sibu_sarawak), aku da buka pose..

Beberapa jam lagi adalah hari bahagia aku..(suppose to).. Tapi, nape aku macam sedih sangat. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba ase nak share benda alah kat bawah ni lepas di tag member kat FB..

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Wednesday, September 1, 2010

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti



~Petang2 yang mendung ni, layan plak lagu Rossa ni.. Besh syiot lagu nih~

Lirik Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Chorus
Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa


Ulang Chorus

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti


~Mode jiwunx melayunx-laryunx sekarunx~ =)

Pengakuan Seorang Lelaki Bergelar Suami

Salam,


Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

supermom

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.
Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv/ main LAPTOP setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.


Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?


P/S: Thanks kat member yang forwardkan emel ni... Wanita semua, janganlah bersedih lagi... Mereka tidak menunjuk, tetapi mereka memendam apa yang sepatutnya mereka luahkan.. Saya bangga jadi wanita.. << ( -_- )



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails