~My Sweetheart~

Sunday, March 14, 2010

Mimpi Ngeri



Sebelum tu nak tanya, pernah tak anda semua menangis dalam tidur tapi bila bangun, memang realitinya anda menangis?????


Maybe sebab semalam chatting ngan kawan aku (N.A.A.S)... Sebab tu kot sampai termimpi-mimpi.. Sangat Macam tak sampai hati nak coretkan di sini coz aku TAKNAK benda ni terjadi.. Aku terlalu menyayangi dia. Dia yang aku maksudkan ayah aku..


Lepas menyiapkan assignment CF tu, (dah x demam CF dah)..... Aku sangat ngantuk and make decision nak tidur.
Macam sekejap sangat aku baring aku dah sampai kat alam lain..
Aku mimpi, ayah aku pergi jauh meninggalkan semua. Aku sangat sedih..MyEm0.Com
Sebab masa tu aku kat sini (Kuala Lumpur), sedangkan ayah aku kat sana (Sarawak).. Aku memang tak sempat nak jumpa dia..
Yang paling x best nyer, aku yang sediakan batu nisan di pusara tu..
Aku terkejut sambil menangis-nangis.
Bila aku terjaga, memang aku nangis pun.
Memang xleh nak berhenti nangis..



Aku duduk atas tilam, dan bermuhasabah sebentar.
Aku rasa macam nak call je ayah aku.
Tapi takkan aku nak bagitau mimpi aku, sedih ar...
Aku berusaha untuk memberhentikan tangisan itu..
Aku baru perasan sesuatu, dan aku terus bangun nak switch - off laptop.
Aku try tidur balik coz masa tu awal lagi.



Sebenarnya, ni bukan kali pertama aku mimpi macam ni. Semenjak aku berada di tanah malaya, ni kali keTIGA aku mimpi ngeri macam ni and menangis sampai xleh nak henti..
Lebih sedih, bile share citer tentang mimpi ni ngan ayah, ye akan akan kate,
"Memang tak lame lagi tu. Ayah dah tua nak.. Nanti nak duduk belakang rumah je lagi."
(kat kpg, kubur memang belakang rumah kitorang)..
Sangat sedih bile ayah kate macam tu.. Tengok....mata aku basah dah ni.

Impian aku dalam hidup ni, biarlah mereka tengok kejayaan aku & adik dulu. Biarlah mereka menikmati kesenangan dan kebahagiaan bersama aku & adik sebab aku & adik adalah HARAPAN and BUAH HATI PENGARANG JANTUNG mereka..
Aku di sini sekarang pun sebab kata-kata semangat dari mereka...

(Hanya kamu & adik saje lagi harapan kami)

~ kata-kata keramat yang memberi semangat dan kunci kejayaan dalam diri aku & adik ~


"YA ALLAH, panjangkanlah umur kedua ibu bapaku, ahli keluargaku serta diriku sendiri, dan sejahterakanlah hidup kami semua. Bahagiakanlah kami di dunia mahupun di akhirat. Satukanlah kami selama-lamanya, ya ALLAH. Sesungguhnya engkau maha berkuasa melakukan segala-galanya. Amin ya rabbulalamin"



MyEm0.ComMesej untuk my parentMyEm0.Com

Sayang mak & apak selamanya... Doaku sentiasa untuk kalian berdua.
I LOVE YOU BOTH...MyEm0.Com






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails