~My Sweetheart~

Tuesday, October 19, 2010

Sepetang Di Tasik Varsiti

(Tasik Varsiti UM)

Salam semua.. :)

Petang ni aku and room mate aku_Pinky gi melepak kat Tasik Varsiti ni.. Tak r secantik mana pun, tapi apa yang ada kita harus hargai daripada takde kan...

Jiwa ase kacau-bilau ar 2 3 menjak ni kan..Makan pun tak menentunya nak makan. Entahlah... Serabut giler ase hidup. Ni simptom2 minggu akhir ni. Serabut nak hantar report Assignment lagi... Serabut nak buat slide untuk presentation lagi.. Serabut nak setelkan internship lagi..Final exam lagi.. Serabut nak farewell-farewell lagi...(Waaaahh...Perlukah farewell segala bagai???Takmo.....!!!!!)..Semuanya nak serabut...

So, petang ni, amek keputusan nak melepakkan diri dekat tasik ni.. Hilang sikit stress.. Tengok gelagat orang jogging. Orang dating. Orang gossiping. Orang walking. Hahaha...

Entah ape-ape je entry ni.. Totally not in mood nak mengarang.. Tapi..BElasah je r.. Hahahaha....

Ok lah... Nak bersuka-riang plak.. :D

Monday, October 18, 2010

Dizz entry dedicated to my BELOVED room mate



Salam... Lama gilezz kowt x updating blog ni.. Da bersarang berhabuk berspiderman dah kowt... Huhuhuhu...

Entry kali ni, aku buat khas untuk room mate aku (pic d atas-Pinky&Blacky)..

Aku kenal Pinky hampir empat tahun_010707dulu, tapi kitorang jadi room mate untuk first & final year je..mid-middle year tu kitorang separated atas sebab tidak mendapat restu..hahahaha.. Aku ngan Pinky ni kadang-kadang macam kucing dengan tikus..Kadang-kadang macam kek dengan icing..wahhh..Boleh ke macam tu..??? Hahahaa...
Banyak giler kowt kenangan aku ngan Pinky. Tyme haluansiswa giler babas bess.. Las day x leh bla tidor kat dewan makan sebab nak jadi orang terawal turun dewan coz hari sebelum tu da kena denda atas sebab lewat turun..hahaha...Lawaknyer.. Paling xley bla, the day after haluansiswa, g KFC nek cab...Giler tertipoooo dowh.. Lawak giler.. Aku da gelak sampai terguling-guling da ni...(terover d situ) :D


Setiap perhubungan mesti ada pasang surutnye, tapi Alhamdulillah everything da setel. Sekarang, aku selalu je ngan Pinky ni. Kemana-mana mesti ngan diye. Tapi, diye suka BULI... Ishh.. Patut kena hantar kat Afdlin Shauki ni, gi berlakon watak MINAH-KAKI-B00LII..hahaha..



Blacky pulak, aku kenal diye x sampai setahun pun. Setengah tahun pun tak. Aku jumpa diye kat room sekarang ni pada 11 Julai 2010 lau x silap.. Masa tu aku ngan Pinky baru balik dari Jalan TAR. Balik bilik tengok2 Blacky dah ade dalam bilik.. Tak salam tak ape, aku terus tanya, "Awak kawan *tettttt* ke?"...hahahaha... Rupanya diye ni room mate baru aku.. hahaha..Okay... Kitorang kenal TAK-LAMA tapi xtau caner leh rapat and baik macam dah kenal lama.. Baru aku tahu, tak semestinya kenal lama, persahabatan kita akan berkekalan.And tak semestinya kenal sekejap tu tak leh nak together gather...huhuhu...


Tak lama lagi kitorang bertiga ni akan CLASH...hahaha.. Tak la.. Lepas final exam ni, Pinky, Blacky & aku akan ikut haluan masing-masing. Aku dan Pinky lepas ni akan gi internship tapi tak tahu lagi kat mana kan... Blacky plak ade 2 tahun 1/2 lagi duk kat sini. Rajin-rajin belajar ye...

Setiap pertemuan pasti ada titik perpisahan....JAMMED...(pinjam kejap word yang Blacky salu gune)..
Tapi aku 2 3 minggu akhir-akhir ni, sedih jer ase. Aku rasa sedih nak pisah ngan dorang ni... Aku rasa sedih nak keluar dari bilik ni. Aku rasa sedih bila aku dapat rasakan yang lepas ni aku tak kan dapat lagi bersama mereka.. That Y, kalu boleh tiap2 hari_7/24 aku nak spend tyme ngan dorang. Aku rase ngan dorang aku giler r..Aku suka tyme gelak-gelak tak hengat biler dorang da start wat lawak meng0ng dorang.. I LOVE semua tu..

Pinky & Blacky....
Lepas ni aku tak tahu bile kita akan jumpa lagi. Nex week aku da fly balik Swak. Pastu masing2 bZ ngan final exam.. Aku doakan korang dua dapat buat yang terbaik untuk final exam nanti k. Nanti ada masa kite huhahuha r lagi... Aku pasti yang aku akan RINDU korang dua gilez-gilez... Thanks coz jadi kawan aku.

AKU SAYANG KORANG DUA GILER-GILER, SANGAT-SANGAT, MANYAK-MANYAK....
AKU NAK MINTA MAAF KAT KORANG DUA SEBAB OWEZ NAK BUAT MUKA KETAT-KETAT-MACHAM-BRITNEY SPEARS-PUNYA-SKINNING-YANG-JUAL-KAT-MID VALLEY..hahaha..

If we ever meet again nanti, aku janji aku akan LONGGAR-LONGGARKAN MUKA AKU MACHAM-HIPHOP-KAMPUNG-PISANG-KENA-KEJAR-ZOMBI k..hehehe..

Sayang Korang....Bye~~



Sunday, September 26, 2010

The very bad MIGRAINE....


Salam semua... Lama dah tak update blog nih.. Fuhh..

Hari ni, empunya blog ni TAK SIHAT... Sakit kepala-kepala-yang-amat-sampai-lebam a.k.a MIGRAINE.... Dah seminggu lebih dah.. Makan ubat pun dah. Tapi tak tahu nape makin melarat sampai hari ni.. Mata dah berair dah.. Tekak dah loya...

Pada sesiapa yang ada petua selain makan ACTIVEFAST-yang-tak-fast lansung itu + makan painkiller-yang-tak-kill langsung tu, boleh la share2 ye... Tak tercapai akalku da menanggung kesakitan ini..

Babababyeee~~~

Saturday, September 4, 2010

~Selamat Hari Lahir~



Salam semua...



(Buffday cake 2 years ago_Thanks)




Hari ni, tanggal 4 September 2010, genaplah umurku 23 tahun... Tak kisahlah orang nak kate da tua ke ape ke.. Aku memang terima hakikat sebab memang kita dilahirkan semakin hari untuk menjadi semakin tua. Perasaan aku hari ini sukar nak digambarkan sebab aku sendiri tak faham... Terlalu banyak rasa sampai ada masa tu asyik nak terasa je dengan orang sekeliling. Entahlah... Mintak2 lah dijauhkan dari anasir-anasir jahat ini..

Ulangtahun kelahiran aku kali ni, aku rasa sunyi sangat.. Aku tak rasa seperti apa yang aku rasa pada tahun-tahun yang lepas... Tidak keterlaluan seandainya aku membuat pengakuan yang aku memang mengharap dan membayangkan sesuatu yang lagi indah berbanding tahun-tahun yang lepas.. Tapi itu semua angan-angan Nek Jenin yang bermain di fikiran aku ni.. However, aku tetap bersyukur coz tahun ni pun ulangtahun aku jatuh dalam HOLY MONTH a.k.a RAMADHAN ni.. Semoga ada sinar ramadhan yang menerangi hidupku ini nanti..

Walaupun aku rasa sunyi, aku rasa happy la jugak coz aku da tunaikan apa yang aku hajatkan selama ini.. Aku berniat, seandainya aku dipanjangkan umur sampai hari ini (Alhamdulillah hari ini aku masih bernyawa), aku nak baca Yasiin untuk diri sendiri. Alhamdulillah, tertunai juga niat aku. Aku tak lagi mengharapkan apa-apa seperti yang aku bayangkan sebelum-sebelum ni. Aku rasa aku nak buat benda ni setiap kali umur aku meningkat sebab aku rasa tenang sangat. Semoga ketenangan itu akan terus subur dalam hidupku di dunia mahupun di akhirat.

Aku berharap semoga perjalanan hidupku diberkati Allah swt selama-lamanya. Amin...

Friday, September 3, 2010

Hari Ini Dalam Sedih

Salam..

Tengok title pun da tau kan yang diri ni ngah sedih... Hari ni, room mate semua da balik... Dak-dak floor pun da ramai yang balik. Aku pun balik gak, tapi ahad ni ar.. Flight aku kul 3.55pm... So, sampai je kat sana (sibu_sarawak), aku da buka pose..

Beberapa jam lagi adalah hari bahagia aku..(suppose to).. Tapi, nape aku macam sedih sangat. Aku pun tak tahu. Tiba-tiba ase nak share benda alah kat bawah ni lepas di tag member kat FB..

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Wednesday, September 1, 2010

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti



~Petang2 yang mendung ni, layan plak lagu Rossa ni.. Besh syiot lagu nih~

Lirik Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Jangan pernah katakan bahawa
Cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini
Harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

Chorus
Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ku menangis
Melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa


Ulang Chorus

Ku menangis
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah
Kau sakiti


~Mode jiwunx melayunx-laryunx sekarunx~ =)

Pengakuan Seorang Lelaki Bergelar Suami

Salam,


Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

supermom

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.
Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.
Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.
Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.
Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv/ main LAPTOP setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.


Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?


P/S: Thanks kat member yang forwardkan emel ni... Wanita semua, janganlah bersedih lagi... Mereka tidak menunjuk, tetapi mereka memendam apa yang sepatutnya mereka luahkan.. Saya bangga jadi wanita.. << ( -_- )



Thursday, August 19, 2010

Aku Diuji & Teruji Di Bulan Yang Mulia Ini



Assalamualaikum w.b.t...

Ape-ape pun nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua..
Straight to da point, bulan ni macam-macam dugaan yang dihadapai. Harap bersabar.... Aku tak sangka ar bila buat baik kat orang akan dibalas ngan compliment yang tak baik.. Bagus!! Syabas!! Tahniah!! Conratulation bebeyh!!
Semoga hengkau BAHAGIA ye... Aku tak kiesah pun hengkau nak cakap ape or nak label aku ape kan... kan?? Tapi, hengkau beringat la seket... Nasib la hengkau buat tyme aku da jadi BAIK.. Kalu kena tyme aku bertanduk (zaman DOLU-DOLU), aku rase, lama da kepala hengkau tergantung kat koridor raya multimedia ni... [Sempat ag nak ngarowt.. =) ]

Okay r.. Malas plak nak melaut-lalut...huhuhu..

P/S: Hope N3 akan datang akan ada yang baik2 lagi.....

Wednesday, July 28, 2010

Seandainya.....



Semenjak dua menjak ni macam serabut sikit hidup ni. Macam-macam benda yang menyerabutkan fikiran ni.. Macam-macam and banyak sangat. Tak tertanggung rasanya nak galas seorang diri..(kalau beg galas sailormoon boleh lagi nak galas)...

Alangkah indahnya hidup seandainya ada orang yang dapat membaca hati ini dan bantu aku keluar dari kemelut ini. Aku meronta-ronta tapi tiada siapapun yang mendengar jeritan batinku ini...

Mesti hadapi dengan senyuman dan bergembira dalam hujan dan air mata ya....

MyEm0.Com
MyEm0.ComMyEm0.Com

Daa~~~

Gile rindu orang itu...

Monday, July 26, 2010

BenGang



Akim AF - Bengang

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Chorus
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama
Dirimu yang sering berdusta

Ulang Chorus

Letih hatiku di saat pilu
Letih hatiku terikat janjimu
Ohhh caramu
Akan ku teruskan
Hidupku ohh tanpamu


keBENGANGan aku takde kena-mengena langsung dengan lirik lagu Akim kat atas tu okay... Ni kali ke-4 aku attend kelas yang boleh dikatakan menggores hati dan perasaanku...(ini bukan siri gores dan menang yang dapat periuk segala bagai tu)

Kisah suatu hari & sama je ngan hari-hari sebelum ni... Nak cerita r ni... Baca dengan penuh penghayatan tau.. Tapi x payah lah sampai nak bertaranum ke apa ke..

Aku ni seorang yang teramatlah rajin nak gi class.. Jarak dari hostel aku and fakulti ni ade r lebih kurang dalam beberapa kilometer ek..??tengah fikir (x ukur lagi.. So, aku taknak r sampai dewan kuliah lambat-lambatkan.. Tak suke orang tengok2 ni if masuk lambat.. Malu siot..huhuhu... Dari kolej, aku jalan r dengan pantasnye mengalahkan atlit jalan kaki nombor satu dunia.. Dengan meredah hujan panas segala bagai, sampailah aku di dewan kuliah yang sepatutnya.. Benda yang buat aku bengang tahap alagapas kari babas ni.... Sampai-sampai depan pintu DK... "CLASS CANCEL" ...

Sakit giler la hati ni.. Berkocak, menggeledak macam lava gunung berapi bawah tanah dalam air yang nak meletuskan tsunami je asenye.. Bukan sekali dua da kena...Banyak kali dah.. Lau nak cancel class tu, buat notis 24jam ke... Notis sebulan sebelum kuliah ke..Huh!!..kan dah marah da ni...

Tapi, sekarang da calm down da.. Sebab tadi da lepaskan kemarahan ni dengan menyalin balik semua nota dalam kertas kosong and g lunch..

Sunday, July 25, 2010

Kenapakah??


Dugaan oh dugaan...
Terlalu banyak cabaran yang aku lalui semenjak dua menjak ni...
Berkocak hati di dalam tak siapa yang tahu...


Haruskah aku bersedih???
Haruskah aku merintih???
Walaupun ku tau semuanya ibarat buih-buih...
Yang keluar dari pistol mainan di Masjid Jamek yang dijual makcik berbaju putih...

Kenapa??
Aku seperti terasing di bumi sendiri..
Aku terbelenggu dengan tanda tanya??

Kenapa?????????????

Wednesday, June 9, 2010

Kembali lagi dengan cerita masa cuti

Episod 2

1 Jun 2010 - Sempena hari Gawai di Sarawak, kawan2 plan nak hang out pergi Matu-Daro coz semua yang dah kerja dalam kalangan kami available kat kampung tyme ni..
So, malam tu saya dapat mesej dari diorang nak keluar.

Bermulalah perjalan kami.


Ni tyme kitowang dalam feri between sungai Igan and Matu kowt.. Tak arif sangat area sini.
First tyme pegi ngan dorang..

[Our driver, me, None, Miss Korea, 2nd Driver, Our nurse, Our Supervisor, n Tourist Guide]
(Pic x sempat edit)


Pic ni plak kitorang amek tyme atas jambatan Oya-Igan.
Ni kitorang panggil "Tongkang Balak"..
Saje je amek pic ni..



Ice Lady... Sedaap... Macam ABC tapi bukan ABC..
Makan roti John + Fries..
Makan je kerja kitowang tyme ni..
Tapi, yang support seme ni, dorang yang dah keje.. Memandangkan saya still student lagi, saya diEXCUSEkan dari menyumbang apa-apa.. Sumbang perut je..hahahaha..
Lepas makan ni, kitorang gi cari ketam and balik..

Okiew.. Sampai di sini saja dulu ya untuk entry jalan-jalan ni...
(sebenarnye banyak lagi cerita masa cuti ni, tapi line x mengizinkan)

~tadaaa~


Thursday, May 20, 2010

KeMbaLi LaGi DenGan CeRita MaSa CuTi



Episode 1..

Hari tu balik dari K.L bawak kawan gi jalan-jalan kat my hometown...
X sempat nak upload banyak pic untuk entry kali ni coz office hour da sampai waktu nak out da.hahahaha...

So, kite tengok mana yang sempat je dulu ye...

Ni tyme kitorang gi "TAPAK PESTA KAUL" dekat Mukah.

Nama permainan kat belakang tu "bariow"..

Ni pula kat "PANTAI OYA".
Lepas main-main cinta...eh, salah.. Main-main air, kitorang gi minum and makan cucur udang dekat 'Restoran Selera Hujung Kampung'..
Air.. Jagung Ice Special & Teh C Special.. (pic air ni akn diupload next tyme ye)..

Ni kat Sibu.. Nama tempat ni ialah "CENTRAL MARKET".. Jangan ingat kat KL je ade..hahahaha...
Perasan atau tak, time pilihanraya kecil, pasar ni salu masuk dalam berita tibi 1.huhu.

Ni pic dari dalam speedboat dekat Dalat pukul 0615am.. Beza sungguhkan.. Kat KL gelap lagi tyme ni. Masa ni kitorang nak g Sibu.


"MENARA PEHIN SETIA RAJA" dekat Mukah. Sampai-sampai je kampung, petang tu terus gi Mukah nak gi beli bahan buat Kek Lapis Watermelon Cheese. Sempat lagi singgah sini semata-mata nak amik pic. Pastu plan nak gi restoran 'Anjang Din', tapi malam tu tutup.. So, balik rumah and makan kat rumah je.. ( Gemox lagi)


Ni view dari taman kat Boulevard Mukah. Belakang tu pic Masjid and Menara Jam..
Tyme ni baru kul 6 lebih. Da nak magrib dah. Lepas amek pic kat sini, kitorang gi solat maghrib kat Masjid belakang tu..


Yang ni pula, "LAMIN DANA" yang bermaksud Rumah Lama. Ni rumah orang Melanau zaman dolu-dolu kala.. Kalau tak sebab kawan-kawan aii nak gi sini, tak jejak kowt..huhuhuhu.. Thanks ye..hihihi. Terbalik plak kan.. Sebenarnye, tempat ni jauh nak gi dari rumah. Tu yang tak pergi sebelum ni. Tapi, syukur r, da pergi and nanti, boleh r bawa member lain gi sini coz da tau tempat ye kat mne..


Cantiknyer... Yang ini dekat Sibu. Dekat "TAMAN JUBLI BUKIT AUP"..
Tapi tyme ni kitorang tak naik tinggi sangat coz panas gile. Lau tak, boleh ar view 1 Sibu dari atas tu.. Takde rezeki namanye.. Nanti, akan datang sini lagi.
Lagipun, ni tempat bermain masa zaman hingusan dulu.. Eh, mane de hingus la.. Jarang nak hingus2 ni.hahaha..

Friday, May 7, 2010

I'm Going Back Home Sweet Home



First of all... Sorry sangat coz dah lama x update blog. Final exam baru jew habis 2 hari yang lepas. Abis je exam, bergegas uruskan hal file IBM and g masjid jamek cari kain.. huhuhu.
Semalam, busy kemas bilik. Hari ni baru siap kemas semuanya, itupun ada lagi yang tengah berjemuran di ampaian.. huhuhuhu..


Esok, saya balik KAMPUNG.. YAHOO!!!!!!!!!!



Balik kampung selama dua bulan.. Maybe akan hari-hari update O maybe blog akan bersawang coz everything is unpredictable..hehehehe...



Balik ni tak tahu nak buat apa.. Yang pasti, seminggu awal tu, nak jalan-jalan gi Kuching meow - meow with my friends. And then, dok kat umah je cam bese..

Thursday, April 15, 2010

~Siapa Sudi???~






Sedih lagi..MyEm0.Com


Ada sesiapa tak nak teman saya pergi Gatsby ni???



Sebenarnya, adam akan temankan tapi last minute dia ada hal yang tak dapat nak dielakkan..

Sekarang saya dalam dilema coz takde orang nak teman..

Saya nak pergi..


Tapi saya takde teman..



Kawan saya pown balik kampung..
So,

saya
takde teman lagi..


Saya
nak pergi gak..


Tapi siapa nak temankan saya????

Wednesday, April 7, 2010

Saya S.E.D.I.H




Saya sangat sedih hari ini..

Kenapa???

Banyak sangat benda yang mengacau-bilaukan kepala saya..

Antaranya....


Bermulanya al-kisah..

.

.

V


Semalam saya sangat gigih menyiapkan last tutorial untuk semester ni.

Macam pic kat bawah ni.. Semangat je muka kan.. Kan? Kan? (angguk je la..)

.

.

V





Tapi saya sudah tidak tahan lagi.. Saya sangat mengantuk..

Sampai tertido atas laptop..

.

.

V




Dan juga tertido di atas buku-buku rujukan..

.

.

V




Bila pagi, jam bising bunyi..

So, off kan je la.. Sebab...




Sebab saya ngantok and menguap macam baby kat bawah ni...

.

.

V





Dan mindset saya seperti yang tertera di bawah..

.

.

V





So, saya tidurlah dengan nyenyaknya memandangkan saya rasa mengantuk lagi.

(itu r, adam da pesan jangan tidur lambat)






TIBA-TIBA...


Phone bunyi.
Adam Calling....
(Perbualan malas nak type)
Tapi muka blur macam pic di bawah..
.
.
V
Apa yang pasti...
1) Saya dah terlepas tutorial yang last (yang saya cuba siapkan semalam).
2) Saya juga terlepas revision class untuk subjek yang paling saya suka (Business Data Communication).
Dan tiba-tiba saya menangis...
Itulah saya yang sebenar...(mudah menangis)


Saya sangat sedih sebab terlepas kelas last minggu ni..
Banyak lagi perkara yang menyedihkan saya hari ini. Tapi saya tidak mampu untuk mencoretkan segalanya di sini.
Pembuka hari saya pada hari ni, penuh kesedihan..
Penutup hari saya pada hari ni pun penuh dengan perkara yang menyedihkan saya..
Biarlah saya pendamkan semuanya jauh di lubuk hati saya.. Kerana saya pasti, suatu hari nanti, akan ada sinar bahagia untuk saya..

Sunday, April 4, 2010

Without internet..???


WHOA....


iTalk WHOA! lets you stay connected with your friends abroad with FREE internet calls. Plus, you can also send e-mails and check your friend’s Facebook and Twitter updates! You can do all that with just one click without the hassle of logging in to several websites! Connect all your social networks into one. Communicate instant messaging, emails & voice calls. Collaborate share videos, photos & thoughts.
Zaman sekarang memang susah if internet xde..
Zaman dah berubah...
Bersamalah kita menerajui kemajuan ini...
P/S:malam-malam yang ketandusan idea..

Toward 1 Malaysia




Help Kampung Orang Asli... ( I like it)
In order to realize 1 Malaysia, we must together all the time.. (Mengarut bahasa mat salih plak)
Kita perlulah bersatu tanpa mengira agama, bangsa, bahasa, warna kulit dan sebagainya.
Seharusnya kita bersama-sama merealisasikan misi 1 Malaysia..
Bersama-sama mengharungi hidup susah dan senang..
Jangan memandang rendah pada bangsa lain kerana kita belum tentu lagi sempurna..
Renung-renungkanlah...
Selamat beramal...

Youthsays...



Jom join this club ----> YOUTH
Actually baru join coz my member promot.. So far, agak interesting gak.. Jom, kite ramai-ramai join youth ni.. Sementara kita masih tergolong dalam "youth era" ni... hehehe

Saturday, April 3, 2010

Corat-Coret KeHidupAN

Corat-coret hitam di atas lembaran ini…
Kenapa tidak merah warna darahnya?,

Corat-coret hitam di atas lembaran ini…
Kenapa tidak biru warna lautnya?,

Corat-coret hitam di atas lembaran ini…
Kenapa tidak hijau warna dedaunnya?,

Corat-coret hitam di atas lembaran ini…
Ke mana hilangnya warna-warna ceria sang pelangi
?!,


Di atas lembaran ini, hanya ada corat-coret yang bewarna hitam…
Adakah itu kebenarannya???
bukan Cirit-birit k.....

L.O.V.E vs C.I.N.T.A






Cinta....
Indahnya bila taman hati subur dengan wangian bunga-bunga cinta..
Indahnya bila kita melayari bahtera cinta..
Indahnya bila hati penuh dengan warna..
Indahnya suasana gelak ketawa..
Indahnya bila bersama si dia..
Indahnya gurau & senda..
Indahnya bual & bicara..
Indahnya.....



Cinta....
Kadang-kadang sukar untuk dimengerti..
Kadang-kadang sukar untuk difahami..
Kadang-kadang meruntun hati..
Kadang-kadang memakan diri..
Kadang-kadang membuatkanku berfikir dan terus berfikir..


Cinta....
Pengorbanan atau mengorbankan?
Kepercayaan atau pendustaan?
Bertolak ansur atau pentingkan diri?
Setia atau memungkiri?
Mempertahankan atau menghancurkan?



Cinta???
Aku cinta... Aku rindu kamu..
Mudah dilafazkan, tapi mudahkah untuk dilaksanakan???


Love???
I love you...
Is't true??



Cinta....
Biar bersama susah dan senang..
Terima segala kekurangan..
Hargailah setiap kenangan..
Kerana bila tiada lagi cinta di hati, hilanglah segala keindahan yang telah kita lakarkan bersama..
Menyintai bukan semudah kita menyayangi..
Kita sayang barang-barang kita, tapi belum tentu kita menyintai barang itu..
Jangan samakan cinta sesama manusia seperti menyayangi sesuatu benda..
Kerana cinta itu datang dari hati yang suci dan perasaan cinta itu satu perasaan halus yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar kita...
Kita hanya mampu merasai...
Kita hanya mampu mengaplikasi..
Kita hanya mampu memberi..


Wahai cintaku,
Hargailah cinta yangku berikan ini kepadamu..
Maaf ku pinta sekiranya diri ini kerap menyakiti hatimu..
Kerana aku tahu, hanya engkau yang mampu melayani kerenahku..
Begitu jua dengan diriku ini..

Thursday, April 1, 2010

Hikayat 1001 Malam

Salam semua...

Assignment semua da settle, so sekarang dah boleh mengadap blog dengan amannya..

Entry tertunggak

.
.


V


Last week kitorang gi dinner kolej (KK9).. Actually, theme malam tu "GARDEN" tapi kitorang belasah je mana - mana baju yang ade. Apa yang penting??? Pergi makan n capture picture banyak-banyak (memang sangat banyak, bila totalkan semua pictures malam tu ada 800 keping kowt). Tak sempat lah upload semua kat blog ni.. Just letak mana yang sempat je.. Nanti uploadkan lagi..



Ni picture masa kitowang nak gerak dari rumah "Makeup artist + designer" yang touch up muka kitorang malam tu..

(p/s:Miss Mie xde. Ngah adjust sanggul F.A ye tu)

Ni da start amek gambar dah.. Orang lain sibuk makan, kitorang sibuk bergambar.

Ni gambar masa kat stage. Nak amek pixta kat sini punya r lame nak tunggu orang lain blah.. Bila dah dapat peluang, kitorang pulak yang tak bagi chance kat orang lain.. Lama giler kot atas stage tu.. Macam-macam gaya ada.



~Suka sangat-sangat pic yang ni.. "Kau selalu di hatiku.."
Pic bawah ni pun "Selalu di Hati" gak..~




~Yang ni plak, souvenier yang kitorang dapat malam tu.. Chocolate 'Malam Perdana Sembilan 09/10'.. Sedap gak r.. ~


~Ni muka-muka penat and ngantuk dorang~



P/S: Lau pic x jelas, boleh r enlargekan ye..clear giteeww..


Friday, March 26, 2010

Saya Nak Juga






Aku sangat lapar.... hahahaha... Tadi jalan-jalan kat blog sorang kakak ni, banyak gile r resepi dalam blog dia.. Sampai tak terbaca.. Tengok pic yang ada je.. salah satu pic yang aku suke, pic yang atas tu. Aku grab dr blog dia. Sowiey ye kak.. My paborito tu..

Bestnye la kan if pandai memasak.. Macam-macam boley masak lau dah pandai. Tapi, aku tak seterror orang yang pandai memasak tapi teringin nak pandai masak.. Penting tu untuk masa depan. Tambah plak kita ni perempuan tau.. Penting tu... (Insaf sebentar dan terus berazam nak dok kat dapur je sepanjang cuti semester nanti)---> cet, POYOS!!!

Tapi, aku rasalah kan, ada hikmahnye gak tak pandai masak ni.. Sebab aku dapat @d@m yang pandai masak. Suruh je masak ape, confirm jadi punya. Sedap pula tu. Lau bab biskut-biskut and cakes, aku pandai la sikit-sikit.

Okaylah.. Sampai di sini dulu. Bye...






Please.. Please... Please.. Jangan kau mendekatiku!!!

.
.

Dua hari lagi nak dinner tapi aku rasa macam aura demam ni kuat sangat je... Ni mesti jangkitan cousin aku yang demam hari tu. Aku memang seorang yang sangat mudah dijangkiti DEMAM. Dari dulu sampai sekarang. Kalau ikut statistik, setahun tu, demam lebih dari 12 kali, maknanya dalam 1 bulan berkali2 lah demam maknanya.huhuhu..


Cerita pasal cousin aku, teringat plak "main-main makeup" masa kat rumah dia... hahahahaha.. For you'll information, malam tu la 1st aku di touch-up oleh makeup artist okay... MAC ori lagi.. Bukan Masjid Jamek punya MAC okay..
dan wajah aku terus BERTUKAR!!!!!!!!!!!!! Wah.. Kelllaaaas GITU..


Sayangnya, pixta semua bukan dalam simpanan aku.. huhuhuhu.. Tapi part yang aku paling SYUKE sangat sangat sangat bila ada seseorang kata, U cantik la... Sangat menghargai pujian itu. Bukan nak perasaan ye.. Sekali-sekala ape salahnya kan?? Bukan selalu orang nak puji kita. Orang kutuk selalu ar. Cheh, buat ayat sedih pulak kan pagi2 nih... GITU..



Cerita plak tentang kutuk - mengutuk ni, aku selalu gak kutuk orang.. Tapi bersebab okay.. Contohnya:


1. Aku dah senyum kat engkau berpuluh kali, kau buat muka kat aku apesal. Hengat bagus sangat??? Masuk Asia Bagus la kalau bran.. Macam la susah sangat nak senyum, ko tarik je bibir ko tu ke kanan n kiri serentak... macam ni ha -->


2. Bajet.. Bukan bajet tahunan, tapi bajet bagus..


3. Aku buat baik kat kau, kau plak la nak buat taik cicak kat aku kan??? Nak kate buta, celik...( emo mode ye sekarang)


4.Segala bagai lagi...



Aku dah dapat arahan dari pihak atasan supaya tidur dengan kadar segera. Tambahan pula kesihatan terganggu. So, aku terpaksa mengundur diri sebelum banyak lagi benda yang aku mengarut kat sini nanti.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails