~My Sweetheart~

Wednesday, March 14, 2012

Carier Semasa


Salam semua yang singgah,

Entri ni nak citer tentang carier semasa saya. Sekarang tengah buat business online. Antara produk yang dijual adalah BAWAL DUA TONE dan BLOUSE.

Cuci-cuci mata dulu ye dengan pic di bawah ni...


Code : Purple ni dah sold out.





Code Pink 1 dah sold out.


Sekiranya berminat, boleh tempah di email = ainanif4915@gmail.com
Sertakan Code untuk item juga bagi memudahkan urusan pihak kami..


Babye u'oollsss..

With Love,
Dania.NS

Saturday, January 28, 2012

Rindu


Andai aku dapat terbang bebas seperti burung beterbangan di langit biru...
Akanku lebarkan sayapku terbang mencari dirimu..
Merungkaikan rindu yang kian mendalam di lubuk jiwaku...
Kerna ku tahu, hanya kamu yang ku rindu....


Hahahaha... Jiwang mode... Siapakah yang aku rindu tu ek??? Gile sikit petang2 gini.Perut lapar.
Jap lagi house mate ajak pergi pasar malam pantai. YEA!!~~~

Bulan dua ni kerja 8 hari sahaja tapi boss bagi full gaji.. YEA!!~~
Tapi tidaklah elok berfoya-foya tak tentu - hala kerana bila duuu... habis, aku jugak yang merana..

Aku akan teruskan hidup sebaik mungkin...

Siapalah aku, menolak bala yang hadir tanpa dipinta. Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan hamba2Nya... Sekejam mane pun kita rasa sesuatu dugaan itu, Allah tahu kemapuan kita. Redhalah.. Redhalah dengan penuh kesabaran. Semoga kesusahan yang dialami sekarang ini, akan membuahkan hasil di masa hadapan. InsyaAllah.. Barakallah.. Aik?? Tetiba pulak..

I miss you buah hati hati pengarang jantung. Bulan 2 balik kampung... (Pantun 2 kerat)..

Babai...

With Love,
Dania.NS

Dalam Dilema


Hidup ni nak kata senang tak, nak kata susah pun tak. Hopefully segalanya berjalan dengan lancar.

Hujung bulan ni ade cuti 2 minggu sebelum kontrak sambung (itupun kalau aku agree.) Actually, agak stress melanda diri sepanjang berada di situ. Kang kalau aku tak continue kang, mane aku nak cekau duuuuuuu....????

Sekarang sangat-sangat dalam dilema..

Urmmm, tapi takpelah....

Sekeliling menasihatkan supaya Istikharah di 2/3 malam, Berdoa, Tawakal.....

Semoga Allah memudahkan perjalanan hidupku ini.. Amiiin....


Sunday, January 1, 2012

2012~Wish you get well soon my hearted-sis..

Salam semua.. Happy New Year.

Ni entry first aku untuk tahun 2012 ni. Sempena menyambut tahun baru ni, aku part time kejap jadi nurse tak bertauliah menjaga sis yang tersayang yang kena food poisoning. Actually, kitorang makan benda yang sama tapi dia yang terkena food poisoning. Kawan kepada sis pun ade jugak ngecek2 food yang kitorang makan, tapi Alhamdulillah sampai saat ini tidak mendengar apa2 aduan dan rintihan dari dia mengatakan apa2 terjadi rentetan dari menelan makanan di UpTown Damansara semalam-semalam. (Panjang sampai tak bernoktah.....)

Hari terakhir 2011 ni, kitorang pergi klinik untuk mendapatkan rawatan dari yang lebih arif sebab sis dah muntah-muntah. Sebelum tu nak bagitau, thanks to Elaine.Lynda untuk service penghantaran secara percuma ke 14th.. =)

Lepas Dr. check semua, bagi ubat and totalnya RM70, kitorang pergi Watsons cari syampu pulak. Sis dah weak giler time tu.

Ok. Ni nak gerak pergi beli makanan pulak. Sis langsung taknak makan. Hurrmm... Aku dah mula r nak naik angin sebab risaukan dia. Tetiba mood nak naik angin tu membuak2 hari ni. Bukan ape, kejap lagi kan nak kena makan ubat. Lepas tu perut dah la kosong. Mana elok makan ubat dengan perut kosong. Karang tak pasal sakit lain pulak kang. Maaf ye sis, atas perselisihan faham di parking motor tadi. I hope you understand. I'm very worried just now. Nasib baik mase beli roti tu nak beli. Kalau tak, aku lagi r hangin. Aku bukan marah, tapi aku more to risaukan dia. You are my twin tak seiras!!! Kerisauan tu kadang2 melampaui batas. Kena gigit nyamuk pun aku nak nangis... Exegerated sangat!!!! Tapi betullah, aku tengok budak baya2 ala2 anak buah aku cuci pinggan mangkuk dekat kedai makan nasi ayam sedap giler pun mata nak berair.. Dalam mata ade pili bomba betullah aku ni...


Ok sambung citer,

Dah sampai bilik, paksa makan roti yang dibeli tadi taknak pulak. Aku dah lapar and aku makan je lah dulu sebelum memulakan tugas as a nurse. Lagi aku dudk sebelah dia kejap lagi, dia taknak makan, ade aku yang gigit dia kejap lagi. Dahlah roti dia aku dah bite. Hahaha. Mane la tak gemuk. Semua nak telan. Ok-ok... Melalut pulak. Lepas tu bagi sis makan roti Gardenia wholegrain kepunyaan Elaine.Lynda. [jangan tanye nape name dia mesti di-eja macam ni-sebab aku punya suka la].. Elok-elok tengah makan roti, tetiba phone dia ringing. Mama called. (Her mama is my mama too coz her mama officially mentioned that i'm her unbiological daughter). Suddenly dengar macam orang selesema. Aku ni memang lemah kalau dengan budak manja ni. Aku bangun and memainkan peranan as a kakak. Dah mula mengengeow dah.

Lima minit kemudian, badan dia dah mula panas. Bukan panas yang sikit2. Ni panas sangat2. Tadi masa pergi klinik, tak pulak kan. So, boleh dapat ubat demam terus. Aku dah tak sedap hati. Risau pasal food poisoning tak abis lagi, tambah pulak demam ni.

Bermulalah episod aku jadi nurse yang tak bertauliah. Bagi makan ubat yang Dr. bagi tadi. Bagi tapi tak free okeyyyy!!! Ambik towel, basahkan tuam2 kan kepala and sewaktu dengannya. Malam, order McD yang langsung tak friendly tu bubur ayam McD and bagi makan ubat lagi. Suruh dia lap badan kan bilik mandi. Bagi minum air. Yelah, kalau kat hospital, cucuk je jarum kat tangan, air menitik-nitik masuk. Kita ni dekat hostel, masukkanlah sendiri ikut tekak. Bagi dia tidur, and letak towel sampai badan rase sejuk and back to normal. Sekarang baru rasa lega sebab badan dia taklah sepanas tahun lepas. (Budget macam dah lame)...hahahaha =D

Actually, dulu kitorang plan nak celebrate new year ni sama2. I meant nak makan-makan la. Tapi, kite hanya mampu merancang. Allah yang menentukan sebab Allah ade rancangan yang lebih baik untuk kita, Insyaallah...
Aku tak ralat pun even tak dapat keluar as what we've planned before. Sebab aku pun takde mood nak keluar. Lagipun, aku nak dia study sebab next week dah nak final exam. Wish you luck dear.

Sounds like we are to close right? Actually, she is my strenghten in my life same as my own family. I hope, I can be your sister forever. No, I hope I can be a good sister to all of your family members. I'm not only closed with her, but with the whole of her family members together with her aunt or uncle. Tak kisah, selagi ade kaitan dengan family dia, semua aku baik-baik sahaja. Orang baik dengan kita, takkan kita nak buat kepala jahat. Alah, bukan nak kate apelah kan...hahaha..Orang buat jahat dekat aku pun aku boleh layan baik lagi, inikan pula orang yang berbuat baik.

Perasaan rindu kepada family yang jauh di seberang sana semakin membuak-buak. Takpe, tiket raya dah beli.. Yea!! Tahun ni aku balik kampung. Yea!!!


P/S: Tadi aku pun order burger McD, tapi punyalah jenuh aku nak perabihkan. Dari tahun 2011 sampai 2012 baru abis aku makan. Lama gak tu nak perabihkan. Hahahahaha... =)


Oklah. Bubbye semua...



With Love,

Dania.NS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails